Tuesday, October 11, 2011

HUKUM LELAKI MEMAKAI CEKAK


Rambut merupakan satu anugerah yang amat bernilai berdasarkan sabda Rasulullah saw:

"Sesiapa yang memiliki rambut hendaklah dia muliakannya."

Penjagaan rambut amat penting bagi memastikan rambut kita sentiasa didalam keadaan yang amat baik dan terurus. Sekarang ni plak satu trend apabila lelaki memakai skaf dengan niat untuk menjaga rambut dan sabagainya, ada juga yang memakai untuk kelihatan menarik dan kemas.




 Adakah HARAM bagi lelaki memakai cekak rambut??..


Pendapat Soal Jawab Agama dari UniMAP





Firman Allah pada surah Al Maidah ayat 51:

Barang siapa di antara kamu yang berteman dengan mereka,maka sesungguhnya ia termasuk golongan mereka.”




Ibnu Taimiyah berkata bahwa Abu Dawud telah meriwayatkan sebuah hadits hasan dari Ibnu ‘Umar, ia berkata bahwa Rasulullah saw bersabda :




“Barang siapa meniru suatu kaum maka dia termasuk golongan mereka.”




Tentang pemakain skaf, bagi pendapat saya ia bergantung pada keadaan dimana situasi si pemakai contohnya dia memakai cekak rambut ketika bermain bolasepak, badminton dan sukan yang lain. Mungkin rambut yang panjang akan menganggu kosentrasi pemain tersebut, pasti keadaan tersebut tidak menimbul fitnah orang lain kerana dia sedang bermain bukannya sedang bergaya. 
Berbanding dengan si pemakai yang memakainya untuk kelihatan bergaya dan menimbulkan bualan buruk orang ramai, maka ianya tidak boleh. Ianya bergantung pada situasi dan niat individu terbabit. Secara khususnya saya tidak berani menghukum tentang pemakaian cekak rambut. Ianya pasti tetap haram jika sesuatu itu menyerupai perempuan. 
Secara pendekatan yang mudah dan selamat, jangan lah pakai klu rasa muka tu  macam perempuan dan seakan menyerupai perempuan, takut akan menjadi bualan orang dan mendapat dosa besar kepada si pemakai. 

No comments:

Post a Comment